Pada 2 Jun 2008, Y.Bhg. Dato’ Bakaruddin bin Othman, Ketua Kontinjen Wilayah Persekutuan telah mengadakan mesyuarat bersama ahli Sekretariat Kontinjen dan pengurus-pengurus pasukan bagi mengetahui perkembangan pasukan-pasukan yang beraksi di SUKMA Ke-XII, Terengganu. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Bilik Lang Tengah 2, Aras 4, Hotel Grand Continental.
Mesyuarat tersebut juga merupakan platform bagi pengurus-pengurus pasukan untuk menyatakan isu-isu serta permasalahan yang dihadapi oleh pasukan masing-masing. Ketua Kontinjen Wilayah Persekutuan juga menyampaikan harapan selain memberikan semangat kepada semua pengurus pasukan agar meningkatkan prestasi supaya sasaran pungutan pingat dapat diatasi jika tidak menyamai rekod SUKMA Kedah.
Wednesday, June 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment